Saturday, 25 May 2019

CHAMPION LEAGUE (SPURS VS LIVERPOOL)




Mari ramai-ramai hadir ke Stadium Uptown Kota Warisan pada 02/06/2019 untuk sama-sama menyaksikan perlawanan akhir antara SPURS VS LIVERPOOL secara live.Kami di pihak pengurusan ada menyediakan big screen dan LUCKY DRAW bagi pengunjung yang bertuah.Sambil-sambil kita saksikan perlawanan akhir bola sepak, kita boleh chill-chill shopping dan bersahur di sini.



BARBER SHOP






BARBER SHOP 

Kedai Barber shop dah ada di Uptown Kota Warisan.Kepada pengunjung bolehlah shopping sambil potong rambut utk anak-anak dan diri sendiri.Macam -macam style Abang Encem boleh gunting, cakap je nak style apa insyaallah boleh.Jom kita datang ke UKW...




PENIAGA BARANGAN HARI RAYA DICARI


Berita baik untuk peniaga-peniaga yang hendak berniaga pada bulan Ramadhan sahaja.Pihak kami menawarkan tapak khas untuk peniaga yang mahu menjual barangan khusus untuk Hari Raya !!!!
Jika anda peniaga baju raya, kuih raya, songkok raya dan sebagainya , kami beri anda harga special hanya RM250 ...hubungi kami segera


Thursday, 23 May 2019

PEMBUKAAN UPTOWN KOTA WARISAN














ANTARA BOOTH JUALAN YANG ADA DI UPTOWN KOTA WARISAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pelayar blog kami. terlebih dahulu kami amat berterima kasih diatas kesudian anda semua melayari blog kami.Tujuan utama kami menyediakan blog Uptown Kota Warisan ini adalah untuk menyediakan satu platform hebahan melalui blog.

Kami amat berharap agar anda semua dapat menyokong kami dan menyokong usahawan-usahawan Bumiputera kita agar lebih maju dan berdaya saing dalam perniagaan masing-masing.

Untuk makluman semua pengunjung blog ini, Uptown Kota Warisan ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 mei 2019.Waktu operasi kami adalah dari jam 5.00ptg sehingga 2.00 pagi.Kami menyediakan suasana santai dan ceria kepada semua pengunjung.Kami juga ada menyediakan hiburan untuk seisi keluarga seperti Busker dan untuk anak-anak, kita ada menyediakan permainan Soopa Doopa ( gelongsor gergasi).

Oleh yang demikian marilah sama-sama beri sokongan kepada kami.Insyaallah kami akan terus berikan perkhidmatan yang baik kepada anda semua.