AKTIVITI IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM DARI PERTUBUHAN
KEBAJIKAN BAITUS SAKINAH HIDAYAH SERTA ANAK-ANAK TAHFIZ DARI
MADRASATUL QURAN AL-RIDZUAN
Pada 12 mei 2019 pihak pengurusan Uptown Kota Warisan telah mengadakan majlis berbuka puasa /Iftar bertempat di lokasi Uptown Kota Warisan.Aktiviti kebajikan ini diadakan bersama dengan para peniaga.Jemputan adalah dari anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Baitus Sakinah Hidayah serta anak-anak tahfiz dari Madrasatul Quran Al Ridzuan.
Bersempena dengan bulan yang mulia ini kami berasa sangat terpanggil untuk bersama-sama berkongsi rezeki dangan anak-anak surga ini.Kami juga ada mendapat permintaan dari para penderma untuk memberikan sumbangan duit raya ini kepada anak-anak ini.
Pihak kami amat berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang atas sumbangan duit raya dan hadiah berupa barangan kepada anak-anak surga ini.
Kami juga amat berbesar hati kepada ahli Majlis Mr Gun Chee Hui yang sudi memeriahkan dan memberikan ucapan pembukaan majlis tersebut.Untuk pengetahuan semua Mr Gun Chee Hui menyatakan Uptown Kota Warisan ini termasuk dalam kalender MPSP untuk Tahun Melawat Sepang 2020 dan juga salah satu pusat untuk WIFI Selangor.
No comments:
Post a Comment